Auctions for free stuff at Listia.com Hit Social - Social Traffic Exchange Affiliate Program ”Get Money from your Website”

Friday, 17 May 2013

Pelakon Lelaki Terkenal Kena Tangkap Khalwat


SHAH ALAM – Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini, Khamis.
Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.
Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.
“Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995,” katanya.
Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja.
Psst, siapa?
UPDATE-1: Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang pelakon lelaki terkenal ini di’tangkap khalwat bukan bersama tunang’nya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...