MARANG: Belum ada rumah murah atau mampu milik di negeri Terengganu dijual melebihi harga RM32,000 walaupun Kerajaan boleh menentukan bahawa kaedah menjual sebuah rumah boleh mencapai harga RM35,000 seunit.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia, Dato’ Haji Mustafa Ali berkata, paling tinggi sebuah rumah murah di Terengganu di bawah kerajaan baru ialah RM32,000 sebagaimana dijual di Dungun mengikut harga yang sudah ditentukan demikian.
Beliau memberitahu demikian di Majlis Dialog Perdana di sini baru-baru ini ketika mejawab soalan mengapa rumah murah yang dijanjikan RM25,000 dijual dengan harga RM35,000. Dato’ Haji Mustafa berkata, kaedah harga rumah murah di negera ini ialah antara RM25,000 hingga RM35,000 mengikut kedudukan bandar tertentu. Harga tanah berbeza-beza antara bandar dan pinggir bandar.
"Malah di Selangor harga tanah lebih tinggi, maka harga rumah murah boleh melebihi RM35,000," jelasnya. Kerajaan Terengganu pimpinan PAS pernah berjanji untuk memberi pinjaman kepada rakyat untuk membeli rumah tanpa sebarang faedah. "Jika rumah berharga RM25,000 maka pembeli membayar balik pinjaman sebanyak itu juga sekali pun ia mengambil masa 15 tahun," katanya.
Bagaimanapun pinjaman itu tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh rampasan wang royalti. Terengganu sudah tidak ada wang, maka pinjaman itu tidak dapat diberi. Apabila rakyat membeli rumah melalui pinjaman bank, maka sudah tentu bank mengenakan faedah. Pembeli terpaksa bayar lebih dari jumlah yang dipinjam.
Mengenai bantuan sekolah yang terpaksa mendapatkan pengesahan dari Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Dato’ Haji Mustafa menjelaskan bahawa tidak ada apa yang dapat Kerajaan Negeri lakukan dalam perkara itu kerana ia di bawah kuasa Kerajaan Pusat.
Rampasan royalti
Kerajaan Pusat bermain politik, ia mengiktiraf JKKK dan tidak mengiktiraf JSR, pada hal mengikut peraturan pentadbiran JKKK tidak wajar diwujudkan. "Jika dalam perkara yang lebih besar, Kerajaan Pusat boleh langgar, maka apa yang dapat diharapkan dalam isu JKKK," kata Dato’ Mustafa. Beliau menyifatkan tindakan sekolah-sekolah terletak di bawah Kerajaan Pusat yang memerlukan pengesahan JKKK itu adalah satu permainan politik sempit yang tidak bermaruah untuk menunjukkan ‘aku ada kuasa’....Read More
|
|
No comments:
Post a Comment